|
Mudir's Speech

Assalamualaikum wbk…
Alhamdulillah and many thanks to Allah swt, with all His gift and blessings we have managed thus far and face the challenge of the globalization era equipped with strong determination. The challenge to increase the quality of education at this school is of high importance to the the teachers especially in the local Islamic schools due to its difference compared to normal schooling system.
Maahad al Islah website was designed to handle current issues associated with the Maahad education. As we may know, the position of Islamic school has been unnecessarily burdened with preasure and many bad mouth. As one of thousands Islamic schools in the country, Maahad al Islah has been befallen with this dilemma.
As an Islamic school, the strength lies in the istiqamah and the determination of the teachers to face challenges and difficulties. In view of this, we believe in ensuring excellence through a good and effective management system
It is hoped that with the availability of this website, Maahad al Islah will go beyond the global line which promises limitless communication and information. In parallel with current advancement, Maahad al Islah continue to position itself at par with other mainstream education institutions.
Despite the Maahad being thrown against with difficulties, I strongly believe that the Maahad will manage to strongly face our adversaries. Although, we still require support and encouragement from all parties especially from former students all over the country.
Last but not the least, I hope that all teachers, parents and guardians, and including the management to unite towards realizing excellence as our responsibility. Lets pray that this responsibility will be our provision in the afterlife.
Regards, wassalam
Hj. Sulamuddin bin Hj. Mansor
Assalamualaikum wbk…
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s. w. t kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat mengharungi dan akan menghadapi cabaran era globalisasi berbekalkan semangat yang waja. Cabaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah ini amat penting kepada pendidik khususnya sekolah agama rakyat kerana ia agak berbeza sedikit dengan sistem persekolahan biasa.
Laman web Maahad al Islah terbina bagi menangani persoalan-persoalan semasa yang berkaitan dengan pendidikan di Maahad al Islah. Seperti yang sedia maklum, kedudukan SAR telah dibeban dengan tekanan dan pelbagai kata nista . Sebagai salah sebuah daripada ribuan SAR di tanahair, Maahad al Islah tidak dapat tidak, terpaksa menghadapinya dengan penuh sabar dan hikmah.
Sebagai sebuah sekolah menengah agama rakyat, kekuatannya terletak pada kesungguhan, istiqamah dan kecekalan para pendidiknya mengharung seribu satu cabaran dan rintangan. Sehubungan itu, seharusnya satu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memastikan kecemerlangan tercapai.
Mudah-mudahan dengan adanya laman web ini, Maahad al Islah telah melewati garis global yang memungkinkan hubungan dan maklumat yang lebih luas. Selari dengan perkembangan semasa, Maahad al Islah berusaha duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan institusi pendidikan arus perdana hari ini.
Meskipun Maahad al Islah dihambat dengan seribu satu cabaran dan rintangan, saya yakin bahawa Maahad al Islah mampu menangani cabaran tersebut. Pun demikian, Maahad al Islah tetap memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak terutama dari kalangan bekas-bekas pelajar Maahad al Islah yang telah bertebaran di merata tempat.
Akhir kata, saya mengharapkan agar semua kalangan pendidik, ibubapa dan juga pihak pengurusan bersatu hati bagi merealisasikan kecemerlangan sebagai satu amanah. Mudah-mudahan setiap amanah yang terlaksana merupakan amal kebajikan buat bekalan pada hari akhirat kelak.
Sekian, wassalam.
Hj. Sulamuddin bin Hj. Mansor
|