|
Notifications to Parents
All payment will not be refunded should your children withdraw from Maahad al Islah All proof of payment must be kept for any future reference Tution fees for every semester will be collected twice a year. The second payment must be made when the second half of the semester (July) commences. Parents or guardianmust replace any text books which are damaged or lost due to the carelessness of the students. Students can be dispelled immediately from school if involved in any serious discipline misconducts such as smoking, gambling, fighting, in possession of dangerous weapon, instigating, gang members and others. Parents or guardianwill be called upon by the maahad every time their children is involved in any disciplinary problem. The Maahad reserves the rights to reprimand, to prohibit, to fine or to warn any students who breach the rules of the Maahad. The Maahad reserves the rights to suspend and to dispel students with disciplinary problem and refusing to adhere to the school guidelines. The Maahad also reserves the right to not to accept any plea from suspended students. Parents and guardians are encouraged to supervise and educate their children especially relating to spiritual awareness during their time at home. Encourage your children to pray at the nearby mosque or surau during school holidays. The Maahad must not be convicted or brought to court due to any misbehaviour of its students whether commited during or after school hours, inside or outside the school perimeter. No public holiday for other religious celebration except for Islamic celebration days only. Other public holidays such as Labour Day, Independence Day and the Sultans Birthday will be treated as normal holiday. Maahad Al Islah has the right to determine the schooling days and the beginning of the semester break upon consideration based on appropriate decisions. The same is applied on the number of days taken as break.
Makluman Untuk Ibubapa/Penjaga
Semua bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya anak tuan/puan menarik diri daripada bersekolah di Maahad Al Islah. Semua resit pembayaran hendaklah disimpan dengan baik untuk rujukan pada masa hadapan. Yuran pengajian semester akan dikutip sebanyak dua kali setahun.Bayaran kali kedua akan dibuat apabila penggal kedua semester dibuka. Buku-buku teks yang hilang atau rosak akibat kelalaian pelajar, ibubapa atau penjaga diminta menggantikannya atau membeli buku yang sama. Kesalahan disiplin yang berat seperti merokok, berjudi, berkelahi, menggunakan senjata merbahaya, berdua-duaan, menghasut, ahli samseng dan seumpamanya boleh menyebabkan pelajar berkenaan disingkirkan serta merta dari persekolahan. Ibubapa atau penjaga akan dipanggil oleh pihak maahad setiap kali masalah yang dilakukan oleh anak mereka. Pihak maahad berhak menegur, melarang, mendenda atau memberi amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan maahad. Pihak maahad juga berhak menggantungkan dan menyingkirkan pelajar daripada persekolahan atas alasan gagal mematuhi peraturan dan amaran pihak sekolah. Pihak maahad juga berhak untuk tidak menerima sebarang rayuan daripada pihak pelajar yang digantung sekolah. Ibubapa atau penjaga diminta turut sama mengawasi dan mendidik anak-anak mereka terutamanya dalam bentuk jiwa dan kerohanian mereka ketika cuti di rumah. Galakkan anak-anak menunaikan solat secara berjemaah di masjid atau surau yang berhampiran ketika cuti persekolahan. Pihak maahad tidak boleh disabitkan atau dibawa ke mahkamah atas apa-apa kegiatan salah laku di kalangan pelajarnya sama ada semasa atau selepas sekolah, di dalam atau di luar kawasan sekolah. Tiada cuti umum hari perayaan lain selain perayaan Islam sahaja. Cuti umum lain seperti Hari Buruh, Hari Kemerdekaan dan Keputeraan Sultan adalah cuti seperti biasa. Maahad Al Islah berhak menentukan sendiri hari cuti sekolahnya dan permulaan cuti semester berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang difikirkan wajar. Begitu juga jumlah hari cuti yang bakal diambil.
|